Kelas ICT & Kempen KDB bersama Pelajar Lepasan SPM

19 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas ICT dan Kempen KDB bersama Pelajar Lepasan SPM ini telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Januari 2019. Tujuan kelas ini diadakan adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word 2013 secara teori dan praktikal dalam penyediaan dokumen dan fail. Selain, ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, kecekapan dan kepantasan menaip para peserta. itu Disamping itu, ia juga bertujuan untuk mendidik para peserta tentang panduan keselamatan ketika melayari internet terutamanya dalam berkongsi sesuatu maklumat agar tidak terlebih berkongsi (oversharing). Akhir sekali, ia juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan pembelajaran secara atas talian atau e-Learning.

Antara topik yang mereka pelajari adalah:
• Teori & Praktikal MS Word
• Latihan Menaip Atas Talian (www.10fastfingers.com)
• Taklimat Kempen Klik Dengan Bijak (KDB) - Oversharing
• Kuiz Atas Talian (www.quizizz.com)

Kelas yang berlangsung di Pusat Internet Bogag, selama 3 jam bermula dari 8.30 pagi ini dihadiri oleh seramai 4 orang peserta. Kelas tamat pada pukul 11.30 pagi.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali